:
INFO MTQAV 20 BAGAN DATUK

MTQ ADDIN VOKASIONAL 20 TANJUNG BAYAN
 
Kelayakan pelajar ke MTQADV 20 Tanjung Bayan:
 
 
  • Lelaki sahaja
  • Berusia 16 hingga 19 tahun
  • Tempoh pembelajaran maksimum 2 tahun
  • Minat Menghafal Al-Quran.
  • Minat bidang kemahiran.
  • Tidak Merokok dan Berakhlak mulia
 
Pembelajaran yg ada di MTQADV 20 Tanjung Bayan:
 
1. Tahfiz (Hafazan dan ulangan Al-Quran) teori dan praktikal 50%.
2. Tuisyen SPM.
3. Bidang Kemahiran
a) Kursus Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi [Superbike]
b) Kursus Kemahiran Komputer )
4. Addiniah ( klinik tajwid/talaqi, klinik khat, fiqh sunnah, ilmu dakwah, tasawwuf/akhlak, praktikal solat, praktikal jenazah, dan praktikal sembelihan, praktikal haji)
 
Sijil yang disediakan:
 
  • Sijil hafazan ( khatam / Shahadah )
  • Sijil module Kolej Komuniti
  • Sijil-sijil Khusus Kemahiran Jangka masa Pendek
 
Antara aktiviti-aktiviti didalam dan diluar MTQADV 20 Tanjung Bayan:
 
  • Pertandingan e-sport
  • Pertandingan sukan pingpong, badminton, takraw, Futsal, Bola Padang, karom, catur, dll
  • Sukarelawan yg bernaung di bwh Persatuan Kembara Insaniah Perak (menziarahi Hospital dll)
  • Aktiviti-aktiviti Bersama pelajar Awal Tahun dan Akhir tahun di Teluk Batik.
 
Pada Januari 2018, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN Perak ( Yayasan ADDIN ) mengorak langkah maju kedepan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan Kolej Komuniti Bagan Datuk bagi teori dan kemahiran serta mendapatkan tenaga pakar untuk tujuan pengajaran kemahiran yang telah ditetapkan.
 
Selain itu, lanjutan bagi pelajar lepasan MTQADV 20 boleh menyambung pengajian kemahiran di IKM sik Kedah, IKM Lumut serta IKM kuala Lumpur begitu juga untuk mengambil SPM ( fast track ) di USAS Kuala Kangsar, walau bagaimana pun Yayasan ADDIN tetap berusaha penyediakan peluang Penyambungan pengajian diploma yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat mengambil Diploma Tahfiz Qiraat serta bidang kamahiran yang disediakan di tempat pengajian tersebut.
 
Yayasan ADDIN juga telah bersedia untuk bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi melaksanakan agenda Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ( PISH ) yang dipengerusikan oleh EXCO Agama Perak iaitu menggabungkan bidang Tahfiz dan kemahiran dalam satu masa pengajian yang tersusun modul dan sukatan pelajarannya yang kita namakan sebagai Tahfiz Vokasional (TVET)
 
hubungi kami untuk keterangan lanjut:
 
Pengetua MTQAV 20 Tanjung Bayan
Quarters Mudir MTQADV 20 Tanjung Bayan, Parit 23 Luar, Jalan Bagan Datuk, 36400 Hutan Melintang, Perak.
Tel: 013-4214998 (Ustaz Amar)
 
Atau
 
Pegawai Pendaftaran
Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN
80B, Jalan Lang Indah 1A,
Pusat Perniagaan Lang Indah
30010 Ipoh Perak
Tel: 0195749614 (Puan Adilah)